LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

30 June 2009

Perlawanan Persahabatan Bawah 19 Tahun

Aksi kedua-dua pasukan.

Ketua pasukan bertukar cenderahati.

Perlawanan persahabatan bolasepak bawah 19 tahun diantara GB4B Cawangan Durian Daun dan Rumah Budak Lelaki (RBL) Tun Abdul Aziz, Durian Daun berlangsung pada 27 Jun 2009 bertempat di Padang Rumah Budak Lelaki Durian Daun jam 5.00 petang. Kemenangan berpihak kepada GB4B Cawangan Kg. durian Daun dengan jaringan 2-0. Perlawanan ini bukanlah ingin mencari kemenangan tetapi inginkan perhubungan serta mencari bakat baru yang boleh diketengahkan bagi kedua-dua pasukan.
READ MORE - Perlawanan Persahabatan Bawah 19 Tahun

Larian 1 Malaysia D' Sungai Melaka

Antara aktiviti lain yang berlangsung pada pagi hari berkenaan yang berlangsung D' Taman Rempah.

Seramai 35 orang ahli GB4B Cawangan Kg. Durian Daun turut terlibat dalam program larian ini. Para peserta dan pengunjung yang hadir pada pagi hari program ini dianggarkan seramai 3000 orang D' Taman Rempah. Larian ini bermula dari Taman rempah dan berakhir di Dataran Sungai Melaka (Padang Nyiru).
READ MORE - Larian 1 Malaysia D' Sungai Melaka

Bowling Bersama Sahabat Belia Melaka

Para peserta menerima hadiah kemenangan masing-masing.

Y.A.B Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan program ini serta bersama-sama turut bermain bowling.

Pengerusi Belia 4B Cawangan selaku exco Sahabat Belia Melaka turut bersama pada program tersebut.

Antara ahli dan juga exco Sahabat Belia Melaka yang hadir bersama Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam.

READ MORE - Bowling Bersama Sahabat Belia Melaka

26 June 2009

Pengajaran Dan pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009

  • Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
  • Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
  • Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
  • Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
  • Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
  • Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
  • Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
  • Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
  1. Oxygenation
  2. Oxidation
  3. Oxide
  4. Oxidants
  5. Deoxydation
  6. Oxidise
  7. Oxidification
  8. Dioxide
  9. Monoxide
  10. Peroxide
  • Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
  • Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
  • Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
  • Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
  • Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
  • Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
  • Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
  • Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
  • Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
  • Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
  • Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
  • Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
  • Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
  • Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
  • Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
  • Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
  • Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi.
READ MORE - Pengajaran Dan pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009

24 June 2009

Majlis Perlantikan Exco Sahabat Belia Negeri Melaka


READ MORE - Majlis Perlantikan Exco Sahabat Belia Negeri Melaka

Perpaduan Landasan Damaikan Pertelingkahan

"kiranya mereka (pihak musuh) cenderung kearah pendamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya (terima) cadangan itu" (Surah al-Anfal ayat 81)


Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tempoh hari mengenai semakin buruknya perpecahan orang melayu adalah amat benar, penulis amat menyokong kenyataan tersebut. Ini kerana jelas semakin hari semakin buruk keadaan orang Melayu yang tidak menampakkan halatuju yang hanya dilihat ‘retak menanti belah’. Apabila semakin buruk lagi jika dilihat & diamati ianya hanyalah berlaku akibat daripada fahaman politik semata-mata.

Bagi Tokoh Akedemik yang juga Naib Censelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengulas mengenai masalah perpecahan ini, beliau juga turut mengakui perkara ini, lantas beliau menyarankan agar mencari semula titik persefahaman dan bina kembali kekuatan bangsa dalam menyelesaikan isu-isu utama yang berkaitan seperti ekonomi, keselamatan dan sosial demi menjaga kepentingan Negara tercinta. Beliau juga turut mencadangkan agar satu mekanisma terperinci harus dibentuk agar mengembalikan perpaduan kaum Melayu.

Penulis amat berbesar hati apabila mengetahui langkah Kerajaan mengharamkan kemasukan pengganas komunis Chin Peng yang tidak akan dibenarkan kembali ke Negara ini walaupun menerima pelbagai desakan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Hal ini kerana sedikit sebanyak menjamin keharmonian, perpaduan kaum di Negara ini setelah mencapai kemerdakaan 50 Tahun dan dengan harapan tidak akan berlaku lagi perkara yang boleh menjejaskan usaha pendamaian yang telah dikorban oleh seluruh masyarakat umumnya orang Melayu.

Damai sebenarnya amat dituntut oleh Islam yang sebenarnya lebih bersifat batiniah, termasuk menghindarkan hati daripada segala aib dan kekurangan, dengki atau hasad, menghasut serta segala macam kehendak negatif difikiran manusia yang tidak bertanggungjawab bagi membawa kepada penghancuran umat pada sesebuah kaum tersebut.

Idea menubuhkan kerajaan perpaduan juga adalah amat dialu-alukan berikutan kerana dengan perpaduan sahaja bakal mencorakkan pembangunan dalam era kepesatan global bagi sesebuah pentadbiran Negara. Jika dilihat sesebuah Negara yang tidak aman, hura-hara, kucar-kacir, banyak sub-sektor yang akan terjejas contohnya ekonomi, pelancongan serta pelaburan daripada pelabur asing tidak akan menjadikan Negara Malaysia sebagai hub-pelaburan tersebut berikutan faktor-faktor yang akan menjejaskan pendapatan bagi kedua-dua pihak serta bumiputera di Negara ini yang majoritinya orang melayu yang beragama Islam.

Hasrat melahirkan masyarakat yang bersatu padu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, tetapi masyarakat umum harus memulakan api semangat bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan. Sebagai khalifah dimuka bumi ini, kita golongan belia serta masyarakat umumnya harus berperanan dalam menyeragamkan hubungan perpaduan tersebut.

Bertepatan dengan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: sesungguhnya mukmin di muka bumi ini bersaudara, maka ciptakanlah pendamain antara kamu.(Surah al-Hujurat ayat 10)

Jelaslah didalam al-Quran juga menuntut pendamaian, perpaduan kita dikalangan masyarakat agar menjadikan hubungan manusia sesama manusia kekal serta dieratkan melalui tali-tali perpaduan. Maka dengan kesepakatan yang terjalin bakal mencorakkan masa depan yang gemilang bagi anak-anak generasi muda yang akan mengikuti apa yang telah di corakkan pada hari ini.

Perang saraf yang berlaku harus kita positifkan melalui penjanaan konsep perpaduan, hapuskan segala prasangka yang boleh membawa rebah pada sesubuah tamadun itu sendiri. Harus diingat juga golongan muda belia semestinya menjadikan aspirasi ini sebagai tunggak kepada konsep ini agar ianya membawa kesan kepada diri serta Negara tersebut.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana memendam rasa, kita menghancurkan masyakakat umumnya orang melayu daripada kesinambungan kayu pengukur perpaduan. Di Negara ini, dasar Misi Nasional menjadi pemangkin kearah menjadikan Malaysia Negara contoh Negara-negara lain dengan kita mengamalkan perpaduan.

Ideologi yang dinamik & progresif dalam mencapai ke arah menjadikan Negara maju sepenuhnya yang melibatkan perubahan-perubahan terhadap perpaduan masyarakatnya, ekonomi, politik, sosial, sistem pentadbiran yang teratur tanpa birokrasi ketat, pengurusan sumber manusia dan transformasi kepentingan kaum menjadikan asas kepada kejayaan perpaduan asas pemikiran rakyat terhadap sesebuah Negara berdasrakan sumbangan-sumbangan daripada hasil yang telah dinyatakan tadi.

*** Pandangan penulis hanyalah pandangan peribadi semata-mata & tidak mempunyai kaitan mana-mana pihak.

READ MORE - Perpaduan Landasan Damaikan Pertelingkahan

22 June 2009

Kunjungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Mendengar taklimat dan menerima cenderahati dari Timbalan Pengerusi Sahabat Belia Negeri Melaka.

Antara ahli kedua-dua pertubuhan yang hadir mendengar taklimat dari Timbalan Pengerusi Sahabat Belia Negeri Melaka.


Bergambar kenangan bersama kedua-dua persatuan belia Negeri (Pengerusi GB4B cawangan berbaju kuning cerah duduk / kanan)


Sahabat Belia Negeri Melaka, Jabatan ketua Menteri menerima kunjungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu ke Negeri Bersejarah. Pengerusi GB4B Cawangan Durian Daun merupakan AJK Sahabat Belia Negeri Melaka bersama beberapa ahli cawangan terlibat sama dalam menjayakan program kunjungan berkenaan.


Antaranya pengisian program yang diatur ialah;

  • Sesi dialog sesama pemimpin belia.
  • Sesi ramah mesra ahli dan pemimpin.
  • Lawatan tempat pelancongan disekitar bandar Melaka.
  • Sesi bergambar kenang-kenangan di kompleks belia & sukan.
READ MORE - Kunjungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

10 June 2009

Bergerak “ 1 Malaysia ” Untuk Golongan Belia.

Bergerak mulakan langkah maju untuk mengetengahkan ‘Konsep 1 Malaysia’ oleh golongan belia agar kerancakan dalam pembangunan untuk kecemerlangan masa hadapan. Jika diiringi dengan golongan belia yang turut melangkah bersama-sama dan dengan harapan, segala hasrat oleh Perdana Menteri itu bakal tercapai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Gagasan yang diilhamkan ini sebenarnya adalah bertujuan meningkatkan penghayatan rakyat terutama golongan belia didalam konteks masyarakat yang berbilang kaum, agama serta budaya terhadap perpaduan nasional dan konsep ini adalah bukannya untuk bagi mana-mana pihak menuntut ‘hak’ yang bukan-bukan malahan perkara yang tidak munasabah oleh fikiran.

Golongan belia juga disaran agar tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawa ‘kononnya’ mereka menegakkan kepentingan bersama sebaliknya dengan konsep baru yang diperkenalkan ini adalah konsep ‘kesamarataan’ dalam memperjuangkan kepentingan masing-masing dan saling hormat-menghormati demi kepentingan bersama rakyat Malaysia.

Segala permasalahan haruslah disalurkan melalui saluran yang betul, bukannya melalui medan sorakan ataupun dijalanan. Kerajaan hari ini cukup prihatin terhadap kepentingan rakyat secara amnya. Jika disalurkan mengikut saluran yang betul, sesuatu perkara akan diselesaikan dengan cara bijak umpama ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berburai, rambut tidak putus’. Itulah yang diamalkan sejak sebelum merdeka lagi setelah apa yang dipersetujui oleh pemimpin-pemipin terdahulu dan kini apabila diolahkan semula oleh kepimpinan baru dimana ianya dikenali sebagai ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Pencapaian kita harus diutamakan bagi memastikan segala perancangan yang dirancang dapat dimanfaatkan. Golongan belia juga haruslah menunjukkan sikap ingin berjaya malah mereka juga harus mempunyai daya saing yang tinggi agar persepsi masyarakat terhadap belia tidak dipandang enteng. Sebenarnya apa yang harus diketengahkan oleh komuniti yang dikenali belia ini adalah mereka mampu memberi sumbangan kepada masyarakat malah kepada negeri serta negara agar kejayaan tersebut dapat diharumkan bersama
untuk memangkin pembangunan.
READ MORE - Bergerak “ 1 Malaysia ” Untuk Golongan Belia.

08 June 2009

Hentikan Polemik, Imbau Kembali Sejarah Keganasan Komunis.

Isu kepulangan Chin Peng ke Tanah Air telah dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (Komponen Barisan Nasional) tetapi kemudian disokong oleh Parti Pembangkang kerana perkara tersebut dilihat boleh membawa keuntungan politik kepada mereka bagi memutarbelitkan fakta terhadap masyarakat.


30 April lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah yang meminta Chin Peng menunujukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki Negara ini.Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk membuat rayuan.


Kesan jangka panjang yang ditinggalkan oleh Chin Peng dan pengikutnya ke atas masyarakat Malayu, Cina, dan India pada waktu itu yang bermaharajalela membunuh pemimpin tempatan, penghulu, imam kampong, penduduk-penduduk tempatan, menyerang ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British, sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang komunis.


Umum mengetahui bahawa falsafah yang diamalkan ialah ‘atiesme’ prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx bahawa fahaman mereka adalah tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama adalah candu manusia. Walaupun ada kalangan orang melayu yang menjadi pemimpin PKM mengamalkan prinsip keagamaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah tetapi tindakan kejam & ganas mereka jelas sekali bercanggah dengan ajaran Islam.


Tidak keterlaluan juga komunis ini juga boleh dikenali sebagai penjajah terakhir dinegara kita. Ianya berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun. Penjajahan komunis bukan didalangi orang asing, yang menceroboh untuk menakluki Negara kita, sebaliknya komunis menjajah Negara kita dengan menanamkan ideology cetusan Karl Marx dikalangan masyarakat tempatan, terutama orang cina di Tanah Melayu. Sejak dicetuskan di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideology komunis mula merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di Negara kita pada awal 1920-an. Pelbagai propaganda mereka aturkan, hingga kira-kira 10 000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Usaha mereka juga menjurus kepada penubuhan kerajaan komunis menerusi pendekatan politik tetapi gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan dimana komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila.


Untuk sekian lama sebelum dan selepas merdeka sehinggalah perjanjian damai 1989, negara tidak aman dan ribuan orang terbunuh sama ada membabitkan anggota keselamatan atauanggota komunis itu sendiri. Ribuan juga mejadi janda, duda, dan yatim piatu. Bagi yang bernasib baik untuk terus hidup, mereka pula terus dihantui bayang-bayang PKM pimpinan Chin Peng yang radikal & kejam itu bersama rakannya. Ramai lagi yang menderita kerana kepayahan hidup gara-gara kehadiran komunis sehingga ada yang sakit jiwa. Oleh itu, jika kita membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, ia akan mengundang kekecohandan rasa tidak senang hati, terutama di kalangan generasi yang mengalami zaman komunis biarpun generasi muda & belia hari ini cuma mengetahui melalui bahan sejarah.


Sebetulnya, Chin Peng 85 tahun yang kini hidup dalam buangan di Thailand sejak 1961 harus dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarbangsa dan dipertanggungjawabkan keatas 50 000 anggota tentera dan polis, selain ahli keluarga mereka serta sebahagian orang awam yang terkorban ketika menentang PKM pada zaman darurat. Jika bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Perang atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95, tidak salah berbuat demikian terhadap Chin Peng yang kesalahannya tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Negara ini.


Stigma terpahat dalam minda rakyat Malaysia dan tangan Chin Peng itu diselaputi darah dan dendam yang menebal di kalangan anggota pasukan keselamatan dan orang awam yang menjadi mangsa kepada kekejaman perjuangan yang dipimpinnya. Hal ini telah dipolitik parti pembangkang yang boleh dijadikan modal bagi menggugatkan ketenteraman & keharmonian masyarakat Negara ini. Oleh itu, janganlah kita buta mengenai sejarah dan daripada kita mendesak kerajaan untuk membawa pulang ke Negara ini, elok rasanya kita mendesak kerajaan dan badan antarabangsa agar bertindak keatas Chin Peng seperti tindakan yang dikenakan keatas Karadzic.

READ MORE - Hentikan Polemik, Imbau Kembali Sejarah Keganasan Komunis.

01 June 2009

Kerajaan Negeri, KBS Sedia Bantu Galak Belia Berorganisasi

AYER KEROH, 31 Mei- Golongan belia di negeri ini perlu belajar berorganisasi secara berkumpulan bagi memupuk nilai keperibadian yang tinggi, sekaligus menerajui kehidupan bermasyarakat dengan menjadi pemimpin berkredibiliti.

Sehubungan itu, penganjuran program kegiatan belia wajar diperluas sebagai usaha memberi ruang kepada golongan belia bagi menyalurkan idea, tenaga dan minat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Karim Sulaiman berkata, penganjuran program kegiatan belia dapat membuka minda golongan belia menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Saban hari media memaparkan gejala sosial yang melanda golongan belia, sekaligus memberikan sisi negatif terhadap golongan belia dan kita seharusnya mengambil inisiatif membuka jalan agar golongan ini berada dilandasan yang positif,"katanya.

Ab Karim berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gegar Belia anjuran Kolej Yayasan Melaka (KYM) dengan Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Melaka Mall, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua Eksekutif KYM, Datuk Saroni Judi; Pengurus Besar Yayasan Melaka (YM), Baharan Mohd; Ahli Lembaga Pengarah KYM, Datuk Khay Ibrahim; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Md Abd Manaf Abdul Rahman; Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKMM), Mohd Nizam Omar dan Pengarah Projek Gegar Belia, Ahmad Talib.

Ab Karim berkata, sokongan KBS dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan prasarana kepada golongan belia dapat menyemarakkan kegiatan belia di negeri ini.

"KBS telah menyediakan dua buah gelanggang di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri juga melakukan perkara yang sama dengan membina litar go-kart di Kompleks Marina Melaka bagi membolehkan golongan belia di negeri ini memanfaatkannya," katanya.

Katanya, Melaka turut diberi penghormatan mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2009 dan pemimpin serta pertubuhan belia di negeri ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Belia Negara 2009 dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2009 pada 15 Mei lalu.

Sementara itu, Saroni berkata, Program "Gegar Belia" akan diperluas ke seluruh negara. Program kali ini dijalankan di Melaka dan Kota Bharu, Kelantan sahaja.

"Saya berharap program ini dapat dijadikan program tahunan KYM kerana pengisian program membawa manfaat kepada golongan belia demi kemajuan mereka,"katanya.

READ MORE - Kerajaan Negeri, KBS Sedia Bantu Galak Belia Berorganisasi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...