LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

01 June 2009

Kerajaan Negeri, KBS Sedia Bantu Galak Belia Berorganisasi

AYER KEROH, 31 Mei- Golongan belia di negeri ini perlu belajar berorganisasi secara berkumpulan bagi memupuk nilai keperibadian yang tinggi, sekaligus menerajui kehidupan bermasyarakat dengan menjadi pemimpin berkredibiliti.

Sehubungan itu, penganjuran program kegiatan belia wajar diperluas sebagai usaha memberi ruang kepada golongan belia bagi menyalurkan idea, tenaga dan minat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Karim Sulaiman berkata, penganjuran program kegiatan belia dapat membuka minda golongan belia menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Saban hari media memaparkan gejala sosial yang melanda golongan belia, sekaligus memberikan sisi negatif terhadap golongan belia dan kita seharusnya mengambil inisiatif membuka jalan agar golongan ini berada dilandasan yang positif,"katanya.

Ab Karim berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gegar Belia anjuran Kolej Yayasan Melaka (KYM) dengan Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Melaka Mall, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua Eksekutif KYM, Datuk Saroni Judi; Pengurus Besar Yayasan Melaka (YM), Baharan Mohd; Ahli Lembaga Pengarah KYM, Datuk Khay Ibrahim; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Md Abd Manaf Abdul Rahman; Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKMM), Mohd Nizam Omar dan Pengarah Projek Gegar Belia, Ahmad Talib.

Ab Karim berkata, sokongan KBS dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan prasarana kepada golongan belia dapat menyemarakkan kegiatan belia di negeri ini.

"KBS telah menyediakan dua buah gelanggang di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri juga melakukan perkara yang sama dengan membina litar go-kart di Kompleks Marina Melaka bagi membolehkan golongan belia di negeri ini memanfaatkannya," katanya.

Katanya, Melaka turut diberi penghormatan mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2009 dan pemimpin serta pertubuhan belia di negeri ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Belia Negara 2009 dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2009 pada 15 Mei lalu.

Sementara itu, Saroni berkata, Program "Gegar Belia" akan diperluas ke seluruh negara. Program kali ini dijalankan di Melaka dan Kota Bharu, Kelantan sahaja.

"Saya berharap program ini dapat dijadikan program tahunan KYM kerana pengisian program membawa manfaat kepada golongan belia demi kemajuan mereka,"katanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...