LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

29 July 2009

Ahli GB4B Mesti Faham Hala Tuju Perjuangan

Semua ahli Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri ini diminta memahami matlamat serta tujuan sebenar penyertaan mereka di dalam pertubuhan belia.
Pengerusi Penaja GB4B Jasin, Mohd Nizam Omar berkata, persoalan itu seharusnya ada dalam setiap diri ahli GB4B bukan sahaja semasa mereka mula dan ingin menyertai pertubuhan belia itu, malah selepas mereka menjadi ahli.
Menurutnya, mereka perlu kembali ke matlamat asal penubuhan GB4B yang antara lain adalah untuk melahirkan belia yang kreatif dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.
“Golongan belia khususnya ahli GB4B perlu menghayati kembali apakah matlamat dan tujuan mereka menyertai pertubuhan belia ini dan mereka seharusnya mengikis sikap suka menunggu balasan atau imbuhan semata-mata,”katanya.
Mohd Nizam yang juga Pengerusi Penaja GB4B Negeri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan GB4B Kampung Kemengkang.
Turut hadir pada majlis itu, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nik Nor Azlin Nik Mohd Nor; Pengerusi Tetap GB4B Kampung Kemengkang, Hashim Mohd Amin dan Ketua GB4B Kampung Kemengkang, Mumiddin Mohd Noor.Pada pemilihan mesyuarat agung itu, Mumidin sekali lagi diberi kepercayaan oleh majoriti ahli belia kampung itu untuk terus menerajui kepimpinan belia dari 2009 hingga 2012.
Menurut Mohd Nizam, ahli belia juga perlu ikhlas dalam menyertai persatuan belia kerana ia merupakan sebuah pertubuhan sukarela dan tidak hanya mengejar jawatan semata-mata.“Apabila sudah mendapat jawatan yang diberikan, mereka hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan ahli belia di peringkat kampung,”katanya.
READ MORE - Ahli GB4B Mesti Faham Hala Tuju Perjuangan

27 July 2009

Pasukan Futsal Sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009

READ MORE - Pasukan Futsal Sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009

Antara Aktiviti Sekitar Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009

Ketua Menteri Melaka Y.A.B Batuk Seri Mohd ali Bin Mohd Rustam Mengetuai Perarakan Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009.

Bola Jaring Antara Aktiviti Yang Dijalankan Di Stadium Tun Fatimah Pada Sebelah Pagi Hingga Ke Tengahari.

Semasa Majlis Perasmian Perhimpunan Hari Belia peringkat Negeri Melaka 2009

Gelagat Para Peniaga Pada Hari perhimpunan Berkenaan.


Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009 telah diadakan pada hari Sabtu 11 Julai 2009 yang lalu. Pelbagai acara diadakan pada hari berkenaan. Hang Tuah Mall merupakan check point dimana bermulanya perarakan menuju ke Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit pada jam 4 petang. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan ialah Futsal, Bola Jaring, Auto Show dan sebagainya. GB4B Kampung Durian Daun turut tidak ketinggalan dalam perarakan perbarisan, pertandingan futsal dan berniaga pada hari berkenaan. Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Mohd Ali Bin Mohd Rustam turut bersama mengetuai perarakan tersebut.
READ MORE - Antara Aktiviti Sekitar Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2009

09 July 2009

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat.
2. Menyesali dosa yang dilakukan.
3. Tidak tergila-gilakan dunia.
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya').
5. Tinggalkan sifat berbangga.
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
READ MORE - Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

02 July 2009

01 July 2009

Tanda Tanda Seseorang Berbohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
READ MORE - Tanda Tanda Seseorang Berbohong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...