LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

18 January 2010

08 January 2010

Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol Mungkin Turun

SUBANG: Kerajaan memberi jaminan harga runcit petrol sekarang tidak kekal dan akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
READ MORE - Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol Mungkin Turun

07 January 2010

Kerajaan Tetap Sokong Perjuangan Belia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan akan tetap memberi sokongan dan bantuan terhadap perjuangan belia kerana mereka menjadi penentu kejayaan serta masa depan negara.


Perdana Menteri berkata, gerakan belia dan kerajaan tidak boleh dipisahkan kerana pertubuhan belia menjadi wahana untuk melahirkan pemimpin berkaliber pada masa depan.

Beliau juga mengakui berasa senang dengan hubungan yang terjalin antara gerakan belia dan kerajaan.

“Saya senang hati bahawa gerakan belia dengan kerajaan adalah hubungan yang tidak boleh dipisahkan. Belia adalah rakan setia, rakan kongsi kerajaan.

“Kita bersama-sama dalam perjuangan untuk membina generasi belia yang mempunyai jati diri kukuh. Kita mantapkan lagi jati diri belia supaya mereka lebih gigih dalam perjuangan.

“Hasrat saya sebagai Perdana Menteri agar belia mempunyai keberanian menghadapi cabaran dengan penuh iltizam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melancarkan Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) dan merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM ke-58 di sini, malam tadi.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Pada majlis itu, Najib turut menerima Anugerah Khas MBM kerana peranan dan jasanya membangun serta memperkasa gerakan belia.


Perdana Menteri berkata, tujuan asal penubuhan pertubuhan belia untuk menjadi tapak semaian dan taman asuhan bagi menggilap pemimpin belia.

“Kita perkasakan dengan tanggungjawab pada usia muda supaya bila diuji bakatnya, boleh kita ketengahkan untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan parti politik,” katanya.

Sementara itu, Najib turut mengingatkan kepada bekas pemimpin belia yang berusia lebih 40 tahun supaya dapat terus memberi sumbangan kepada pembangunan belia kerana peranan mereka masih relevan kepada negara.

Beliau juga menasihatkan kepimpinan MBM yang baru dilantik selepas ini untuk mengikut jejak langkah bekas pemimpin sebelum ini bagi memaju dan membangunkan lagi pergerakan itu.

READ MORE - Kerajaan Tetap Sokong Perjuangan Belia

05 January 2010

Tahun 2010 Cabaran Baru Negeri Melaka


Selamat menyambut tahun baru 2010.... Negeri Melaka telah sah diumumkan negeri maju.... majukah sesebuah negeri itu dalam seluruh aspek??? Persoalan tersebut jika di jawab, adalah "ya" Melaka telah maju.

Malam tahun baru juga bandar yang merangkumi kawasan Kota Melaka telah berhimpunnya golangan pemuda & belia dimana telah bersama2 YAB Ketua Menteri Melaka mengelilingi Bandar Melaka apabila jam tepat 12.00 malam. Kesesakan Bandar amat turut kelihatan apabila jumlah kereta yang memasuki bandar mengikut peratus JPJ yang mengadakan bancian, sejumlah 10 000 buah kenderaan pelbagai telah memasuki pusat bandar.

Apa yang berlaku, terdapat suara rungutan pengguna jalan raya apabila menyalahkan pihak berkuasa mengadakan sekatan jalanraya di pelbagai jalan masuk ke bandaraya. Apa yang memelikkan ianya melibatkan 'samseng jalanan' menjadi lebih tidak tentu hala apabila menyedari pihak berkuasa mengadakan sekatan jalanraya sehinggakan mereka ini sanggup membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Mereka ini adalah terdiri kalangan anak muda yang berbangsa melayu.

Kesesakan bandaraya pada sesuatu waktu puncak ataupun majlis2 keramaian, kerajaan negeri perlu memikirkan alternatif pengguna jalanraya termasuk penduduk tempatan atau pun dalam negeri termasuk menyediakan kemudahan awam yang efektif bagi mengawal keadaan jalanraya. Mereka ini hanya ketempat tujuan yang sama, jadi tidak mustahil kerajaan mampu menyediakan kemudahan secara percuma bagi penduduk bandar dan sedikit bayaran kepada pengguna luar pada waktu2 tertentu yang telah disediakan sebuah pusat sehentinya.

Walaupun pada hari ini, bot river cruise yang dianggap sebagai pengankutan persiaran / pelancongan, monorel dalam pembinaan, sewajarnya penduduk bandar sudah perlu mengubah minda menjadikan ia sebagai pengangkutan harian bagi mengurangkan kesesakan dan sebaliknya jika mereka ini diberi peratusan diskaun mahupun rebat pengguna tetap sebagai alternatif serta keperihatinan kerajaan terhadap rakyat. Walaupun perkara ini nampak remeh dan rata-rata mengatakan "owh, negeri dah maju, biasalah..." bagi yang menghadapi hari2??
READ MORE - Tahun 2010 Cabaran Baru Negeri Melaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...