LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

29 July 2009

Ahli GB4B Mesti Faham Hala Tuju Perjuangan

Semua ahli Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri ini diminta memahami matlamat serta tujuan sebenar penyertaan mereka di dalam pertubuhan belia.
Pengerusi Penaja GB4B Jasin, Mohd Nizam Omar berkata, persoalan itu seharusnya ada dalam setiap diri ahli GB4B bukan sahaja semasa mereka mula dan ingin menyertai pertubuhan belia itu, malah selepas mereka menjadi ahli.
Menurutnya, mereka perlu kembali ke matlamat asal penubuhan GB4B yang antara lain adalah untuk melahirkan belia yang kreatif dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.
“Golongan belia khususnya ahli GB4B perlu menghayati kembali apakah matlamat dan tujuan mereka menyertai pertubuhan belia ini dan mereka seharusnya mengikis sikap suka menunggu balasan atau imbuhan semata-mata,”katanya.
Mohd Nizam yang juga Pengerusi Penaja GB4B Negeri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan GB4B Kampung Kemengkang.
Turut hadir pada majlis itu, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nik Nor Azlin Nik Mohd Nor; Pengerusi Tetap GB4B Kampung Kemengkang, Hashim Mohd Amin dan Ketua GB4B Kampung Kemengkang, Mumiddin Mohd Noor.Pada pemilihan mesyuarat agung itu, Mumidin sekali lagi diberi kepercayaan oleh majoriti ahli belia kampung itu untuk terus menerajui kepimpinan belia dari 2009 hingga 2012.
Menurut Mohd Nizam, ahli belia juga perlu ikhlas dalam menyertai persatuan belia kerana ia merupakan sebuah pertubuhan sukarela dan tidak hanya mengejar jawatan semata-mata.“Apabila sudah mendapat jawatan yang diberikan, mereka hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan ahli belia di peringkat kampung,”katanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...