LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

10 June 2009

Bergerak “ 1 Malaysia ” Untuk Golongan Belia.

Bergerak mulakan langkah maju untuk mengetengahkan ‘Konsep 1 Malaysia’ oleh golongan belia agar kerancakan dalam pembangunan untuk kecemerlangan masa hadapan. Jika diiringi dengan golongan belia yang turut melangkah bersama-sama dan dengan harapan, segala hasrat oleh Perdana Menteri itu bakal tercapai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Gagasan yang diilhamkan ini sebenarnya adalah bertujuan meningkatkan penghayatan rakyat terutama golongan belia didalam konteks masyarakat yang berbilang kaum, agama serta budaya terhadap perpaduan nasional dan konsep ini adalah bukannya untuk bagi mana-mana pihak menuntut ‘hak’ yang bukan-bukan malahan perkara yang tidak munasabah oleh fikiran.

Golongan belia juga disaran agar tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawa ‘kononnya’ mereka menegakkan kepentingan bersama sebaliknya dengan konsep baru yang diperkenalkan ini adalah konsep ‘kesamarataan’ dalam memperjuangkan kepentingan masing-masing dan saling hormat-menghormati demi kepentingan bersama rakyat Malaysia.

Segala permasalahan haruslah disalurkan melalui saluran yang betul, bukannya melalui medan sorakan ataupun dijalanan. Kerajaan hari ini cukup prihatin terhadap kepentingan rakyat secara amnya. Jika disalurkan mengikut saluran yang betul, sesuatu perkara akan diselesaikan dengan cara bijak umpama ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berburai, rambut tidak putus’. Itulah yang diamalkan sejak sebelum merdeka lagi setelah apa yang dipersetujui oleh pemimpin-pemipin terdahulu dan kini apabila diolahkan semula oleh kepimpinan baru dimana ianya dikenali sebagai ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Pencapaian kita harus diutamakan bagi memastikan segala perancangan yang dirancang dapat dimanfaatkan. Golongan belia juga haruslah menunjukkan sikap ingin berjaya malah mereka juga harus mempunyai daya saing yang tinggi agar persepsi masyarakat terhadap belia tidak dipandang enteng. Sebenarnya apa yang harus diketengahkan oleh komuniti yang dikenali belia ini adalah mereka mampu memberi sumbangan kepada masyarakat malah kepada negeri serta negara agar kejayaan tersebut dapat diharumkan bersama
untuk memangkin pembangunan.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...