LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

24 June 2009

Perpaduan Landasan Damaikan Pertelingkahan

"kiranya mereka (pihak musuh) cenderung kearah pendamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya (terima) cadangan itu" (Surah al-Anfal ayat 81)


Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tempoh hari mengenai semakin buruknya perpecahan orang melayu adalah amat benar, penulis amat menyokong kenyataan tersebut. Ini kerana jelas semakin hari semakin buruk keadaan orang Melayu yang tidak menampakkan halatuju yang hanya dilihat ‘retak menanti belah’. Apabila semakin buruk lagi jika dilihat & diamati ianya hanyalah berlaku akibat daripada fahaman politik semata-mata.

Bagi Tokoh Akedemik yang juga Naib Censelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengulas mengenai masalah perpecahan ini, beliau juga turut mengakui perkara ini, lantas beliau menyarankan agar mencari semula titik persefahaman dan bina kembali kekuatan bangsa dalam menyelesaikan isu-isu utama yang berkaitan seperti ekonomi, keselamatan dan sosial demi menjaga kepentingan Negara tercinta. Beliau juga turut mencadangkan agar satu mekanisma terperinci harus dibentuk agar mengembalikan perpaduan kaum Melayu.

Penulis amat berbesar hati apabila mengetahui langkah Kerajaan mengharamkan kemasukan pengganas komunis Chin Peng yang tidak akan dibenarkan kembali ke Negara ini walaupun menerima pelbagai desakan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Hal ini kerana sedikit sebanyak menjamin keharmonian, perpaduan kaum di Negara ini setelah mencapai kemerdakaan 50 Tahun dan dengan harapan tidak akan berlaku lagi perkara yang boleh menjejaskan usaha pendamaian yang telah dikorban oleh seluruh masyarakat umumnya orang Melayu.

Damai sebenarnya amat dituntut oleh Islam yang sebenarnya lebih bersifat batiniah, termasuk menghindarkan hati daripada segala aib dan kekurangan, dengki atau hasad, menghasut serta segala macam kehendak negatif difikiran manusia yang tidak bertanggungjawab bagi membawa kepada penghancuran umat pada sesebuah kaum tersebut.

Idea menubuhkan kerajaan perpaduan juga adalah amat dialu-alukan berikutan kerana dengan perpaduan sahaja bakal mencorakkan pembangunan dalam era kepesatan global bagi sesebuah pentadbiran Negara. Jika dilihat sesebuah Negara yang tidak aman, hura-hara, kucar-kacir, banyak sub-sektor yang akan terjejas contohnya ekonomi, pelancongan serta pelaburan daripada pelabur asing tidak akan menjadikan Negara Malaysia sebagai hub-pelaburan tersebut berikutan faktor-faktor yang akan menjejaskan pendapatan bagi kedua-dua pihak serta bumiputera di Negara ini yang majoritinya orang melayu yang beragama Islam.

Hasrat melahirkan masyarakat yang bersatu padu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, tetapi masyarakat umum harus memulakan api semangat bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan. Sebagai khalifah dimuka bumi ini, kita golongan belia serta masyarakat umumnya harus berperanan dalam menyeragamkan hubungan perpaduan tersebut.

Bertepatan dengan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: sesungguhnya mukmin di muka bumi ini bersaudara, maka ciptakanlah pendamain antara kamu.(Surah al-Hujurat ayat 10)

Jelaslah didalam al-Quran juga menuntut pendamaian, perpaduan kita dikalangan masyarakat agar menjadikan hubungan manusia sesama manusia kekal serta dieratkan melalui tali-tali perpaduan. Maka dengan kesepakatan yang terjalin bakal mencorakkan masa depan yang gemilang bagi anak-anak generasi muda yang akan mengikuti apa yang telah di corakkan pada hari ini.

Perang saraf yang berlaku harus kita positifkan melalui penjanaan konsep perpaduan, hapuskan segala prasangka yang boleh membawa rebah pada sesubuah tamadun itu sendiri. Harus diingat juga golongan muda belia semestinya menjadikan aspirasi ini sebagai tunggak kepada konsep ini agar ianya membawa kesan kepada diri serta Negara tersebut.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana memendam rasa, kita menghancurkan masyakakat umumnya orang melayu daripada kesinambungan kayu pengukur perpaduan. Di Negara ini, dasar Misi Nasional menjadi pemangkin kearah menjadikan Malaysia Negara contoh Negara-negara lain dengan kita mengamalkan perpaduan.

Ideologi yang dinamik & progresif dalam mencapai ke arah menjadikan Negara maju sepenuhnya yang melibatkan perubahan-perubahan terhadap perpaduan masyarakatnya, ekonomi, politik, sosial, sistem pentadbiran yang teratur tanpa birokrasi ketat, pengurusan sumber manusia dan transformasi kepentingan kaum menjadikan asas kepada kejayaan perpaduan asas pemikiran rakyat terhadap sesebuah Negara berdasrakan sumbangan-sumbangan daripada hasil yang telah dinyatakan tadi.

*** Pandangan penulis hanyalah pandangan peribadi semata-mata & tidak mempunyai kaitan mana-mana pihak.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...