LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

28 December 2009

Belia Di Pinggirkan......



TIADA WAKIL DARI GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN UNTUK MENGISI JAWATAN SEBAGAI AHLI JKKK PENGKALAN RAMA TENGAH (DUN DUYUNG) UNTUK TAHUN 2010....DIMANA KAMPUNG YANG TERLIBAT DIDALAM JKKK INI IALAH KG. DURIAN DAUN, KG. PENGKALAN RAMA TENGAH DAN KG. BUKIT CINA.. SEDANGKAN KG. DURIAN DAUN MEMPUNYAI PERTUBUHAN BELIA YANG BERDAFTAR...DIMANA SLOGAN YANG DILAUNGKAN....BAGI TAHUN 2009/2010 SERAMAI 2 ORANG BELIA DISENARAIKAN IAITU PENGERUSI DAN PENGERUSI TETAP CAWANGAN.


'Suara Belia Didengar, Peranan BELIA Diiktiraf & Isu - Isu Belia Mesti Ditangani Dengan Cara Kesesuaian Imaginasi & Citarasa Orang Muda'…… "1 MALAYSIA, 1 BELIA, BELIA BERWAWASAN PENGERAK KEJAYAAN - MELAKA NEGERI BELIA"!!!! - PENGERUSI GB4B NEGERI MELAKA - Mohd Nizam Bin Omar
.


“Kita perkasakan dengan tanggungjawab pada usia muda supaya bila diuji bakatnya, boleh kita ketengahkan untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan parti politik,” - PERDANA MENTERI MALAYSIA 2010.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...