LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

20 October 2009

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri GB4B 17/10/2009 Meriah...


Bergambar kenangan bersama Pengerusi GB4B (Penaja) Negeri Melaka semasa majlis ini.

Pengerusi Cawangan dan bekas Pengerusi Cawangan bergambar bersama Pengerusi GB4B (penaja) Negeri Melaka.

Pengerusi Penaja GB4B Negeri Melaka merangkap Pengarah Bahagian Sahabat Belia Melaka Saudara Nizam Bin Omar, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka Saudara Sophie Bin Salleh bergambar bersama ahli GB4b cawangan.

Bekas Pengerusi Cawangan Saudara Mohd Marwan Bin Hj. Abu Kasim bergambar bersama Ketua GB4B Kawasan Kota Melaka Saudara Shadan Bin Othman yang turut hadir pada majlis ini.

Bekas Pengerusi Tetap Cawangan Saudara Zali Bin Md. Yunus bergambar bersama Ketua GB4B Kawasan Kota Melaka Saudara Shadan Bin Othman yang turut hadir pada majlis ini.

Antara tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama Bekas Pengerusi Cawangan (Berbaju melayu).

Antara tetamu yang sedang menjamu selera.

Tetamu yang hadir lewat malam.

Antara tetamu sedang menunggu ayam BBQ dibakar.

Kerjasama petugas belia diantara sesama belia.

Antara tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama Bekas Pengerusi Cawangan.

Antara tetamu yang meninggalkan majlis setelah menikmati juadah.

Bekas Pengerusi Cawangan (berbaju melayu) dan Bekas Pengerusi Tetap Cawangan (berbaju merah) turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Timbalan Pengerusi Cawangan (berbaju biru) sedang memerhatikan para petugas belia yang sedang membakar Ayam BBQ pada malam sambutan.

Ketibaan Wakil Rakyat Kawasan DUN Duyung Y.A.B Gan Tian Loo sekitar jam 11 malam disambut oleh Pengerusi Cawangan.

Antara petugas belia yang sedang membakar otak-otak pada malam majlis sambutan.

Saudara Shakirin bersama beberapa ahli sedang membakar BBQ ayam.

Antara tetamu yang hadir.

Pengerusi cawangan sedang berbual dengan tetamu yang hadir sekitar jam 12 malam.

Antara tetamu yang hadir sekitar jam 10 malam.

Tetamu dari Bahagian Sahabat Belia Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Gambar jemputan yang diambil dari pandangan hadapan.

Tetamu sedang menikmati pelbagai juadah.

Antara tetamu yang hadir sedang menikmati hidangan.

Pelbagai lapisan masyarakat turut bersama-sama menjayakan konsep 1 Malaysia.

Setelah kekenyangan menikmati juadah.... Ada yang termenung.......

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...