LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

02 September 2009

Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang Yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan Hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa Dan DOA Orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka Beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap Hari dengan 1,000 kebajikan Dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah Mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari Dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu Tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur Dan memelihara anaknya yang Sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba Dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama Orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah Dan orang yang Takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) Lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, Barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan Anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah Memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 Tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia Dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wan ita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang Soleh.

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih Besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula Berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah Panggilan ibumu dahulu.

14. Wan ita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung Diudara, malaikat di langit, matahari Dan bulan semua beristighfar Baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang Dan puasanya.

15. Wan ita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup Pintu-pintu neraka Dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari Mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wan ita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara Perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap Ihsan dalam pergaulan dengan mereka Dan mendidik mereka dengan penuh Rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada Anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka Akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah Sesekali Kita merasa lemah. Wan italah sebenarnya yang membuat seseorang Lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita Setaraf pada lelaki Dan tidak lebih rendah.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...