Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan...
Kata-Kata Aluan Pengerusi
“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.
Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model’ untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.
Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……
Search Blog
PAUTAN HOT
15 February 2013
02 February 2013
Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Sekali lagi
sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara
kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita.
Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah
di sekolah, universiti...
Label:
Infomasi
Subscribe to:
Posts (Atom)