LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

25 May 2010

Belia Mengisi Masa Lapang Dengan Nobat Nafiri





Penolong Setiausaha bergambar setelah membuat persembahan di Majlis Kenduri Kahwin.
READ MORE - Belia Mengisi Masa Lapang Dengan Nobat Nafiri

17 May 2010

10,000 Serbu 'Booth' 4B Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010

PUTRAJAYA, 16 Mei - Sambutan menggalakkan. Seramai 10,000 warga belia dari seluruh negara mengunjungi booth pameran Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) yang dibuka sejak 14 Mei 2010 hingga 16 Mei 2010 bersempena sambutan Hari Belia Negara 2010 yang disambut semalam.

Presiden GB4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata pameran itu dijayakan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) GB4B Malaysia yang berusaha keras bagi memastikan pameran itu mendapat sambutan khususnya dikalangan belia.

"Sepanjang tiga hari pameran, kita telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk golongan belia. Antaranya kempen keahlian GB4B Malaysia bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai GB4B.

"Selain itu kita turut membuka pendaftaran ahli laman sosial rasmi GB4B, iaitu www.myfriend2u.com dimana fungsi laman sosial ini sama seperti facebook dan bezanya ia dibina oleh anak tempatan iaitu ahli GB4B sendiri,"katanya.
READ MORE - 10,000 Serbu 'Booth' 4B Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010

10 May 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...