LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

30 April 2010

Jom Gebok - Gebok

YB. Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan telah mengesahkan kehadiran untuk hadir dan seterusnya menutup secara rasmi Jom Gebok - Gebok bersama Gerakan Belia 4B Melaka dan Jom bersama Ustaz dan Ustazah pd 2 Mei 2010 (AHAD) jam 8.30 malam di Hadapan Pejabat Gerakan Belia 4B Melaka, Jalan Hang Tuah.

Acara permainan - terbuka kpd semua! Timang Bola Takraw, Gusti Lengan, Kerusi Berirama, The Mummy, Mencari Harta Karun, Menari Atas Kertas, Gubahan Moden Coklat (Coklat disediakan oleh penganjur), Solekan Berpasangan Gebok-Gebok, Pertandingan Mencipta Pantun Spontan, Pertandingan Mewarna Kanak2 Bwh 6 Tahun.
READ MORE - Jom Gebok - Gebok

22 April 2010

07 April 2010

Perihal Nama Tempat Di Melaka

Untuk pengetahuan... Melaka memang banyak tempat yang dimulakan dengan nama ‘bukit’. Antaranya Bukit Baru, Bukit Senggeh, Bukit Beruang. Dari banyak-banyak bukit tu saya memilih ‘Bukit Senggeh’ sebagai yang paling unik kerana tak dapat nak dibayangkan camne bukit boleh senggeh....Mungkin si pencipta nama tempat ni ternampak bentuk bukit tengah tersenggeh ketika beliau sedang melepas hajat di kawasan berhampiran kot.. Ha ha ha..gurau je...

Selain bukit ada juga tempat yang menggunakan nama raja buah iaitu kampung aku Durian Daun (Bandar Melaka dan Masjid Tanah, ada 2 tempat nama sama tetapi lokasinya jauh) dan juga Durian Tunggal .. Durian Tunggal yang lebih unik sebab menunjukkan betapa susahnya orang dulu nak dapat durian kat tempat tu…

Padang Kambing.. Ha ha ha.. Tempat ni berada di dalam kawasan Durian Tunggal.. Mungkin masa dulu-dulu zaman Parameswara ianya menjadi tempat perindustrian kambing kot.. ..

Pernah ke nampak orang jual Petai kat Sungai?? Dalam zaman moden kini tak nampak lagi tapi mungkin zaman-zaman dulu kawasan Sungai Petai, Alor Gajah ni pernah menjadi tempat import dan eksport petai.. Samalah juga dengan Sungai Rambai, Jasin yang meng'import dan eksport' buah rambai keserata dunia kot..

Mungkin pelik juga kalau tengok dalam paya ada rumput.. Tapi itulah nama tempat di dua daerah yang dinamakan ‘Paya Rumput’. Mungkin dulu banyak rumput dikawasan paya sehingga menjadi tempat pembiakan lembu kot..

Ada lagi kawasan di Negeri Melaka yang popular dan kawasan perindustrian selain Ayer Keroh ialah Batu Berendam.. Apa yang menarik sangat batu yang direndam ?? Kalau kuih badak berendam tu sedaplah.. Tapi itulah antara tempat yang agak ramai orang dan bakal menjadi tempat singgahnya Kapal Terbang Boeing dan Airbus.. Huhuhuhu.. Nasiblah sapa duduk kat sana… Mesti banyak pencemaran bunyi…

Lagi kawasan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.. Ops bukan Tampin ye.. Tapi nama ni kureng elok didengar iaitu ‘Batang Melaka’.. Huhuhuhuhu. Tak nak komen bebanyak.. Malu pun ada…

Kemenangan untuk tempat pertama sudah pastinya jatuh kepada ‘Kandang’ , Ayer Molek, Melaka.. Huhuhuhuhu.. Insan mana yang baik hati ntah yang bagi nama kampung kandang.. Bayangkan kalau ada kawan bertanya ‘ Eh S, ko tinggal mana? ‘ . Mesti tersipu-sipu si S nak beritau nama kampungnya kan..... huuuuu... jangan marah.... sekadar gurauan....
READ MORE - Perihal Nama Tempat Di Melaka

05 April 2010

Belia Hargai......Kerajaan Perihatin.....Oleh Kerana Selalu Banjir

Runtuhnya pondok batu diatas longkang selebar 4 kaki akan digantikan dengan longkang selebar 8 kaki.

Pengerusi sedang memecahkan pondok.

Serpihan batu konkrit dan bumbung yang pecah.

Pondok yang didirikan diatas longkang terpaksa dirobohkan.

Kerja pembinaan longkang yang sedang dijalankan. Sebelah kiri ialah tembok Sekolah Rendah Cina Siang Lin.

Jalan utama memasuki Kampung Durian Daun, Melaka. Sebelah kanan adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Daun, Melaka.

Longkang lama digantikan dengan longkang yang lebih besar. Banggunan oren adalah Asrama Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
READ MORE - Belia Hargai......Kerajaan Perihatin.....Oleh Kerana Selalu Banjir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...