LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

22 February 2010

Kota Melaka Of Youth Cycling Welfare





Setiap hari minggu pagi pemuda dan belia di Kawasan Bandar Melaka akan memasukkan semua cawangan di daerah untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Program ini bermula pada awal bulan Februari dan diterima di kalangan kaum muda

READ MORE - Kota Melaka Of Youth Cycling Welfare

03 February 2010

Program Klinik Kayak Di Dataran Klebang

Khamis, 4/2/2010 - ada program klinik kayak dan permainan kayak di Dataran Klebang Melaka bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang.PERCUMA! jom kita pergi beramai-ramai di sana.jumpa di sana.peralatan kayak dan berkayak disiapkan kecuali makan dan minum.semua peserta hendaklah memakai pakaian sukan.tq
READ MORE - Program Klinik Kayak Di Dataran Klebang

Program Mendaki Gunung Ledang

"PADA 5-7/2/2010 PROGRAM MENDAKI GUNUNG LEDANG.SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAYAR RM 5O UNTUK PERMIT MENDAKI, BAYARAN GUIDE, PENGINAPAN.MAKAN MINUM BAWA SENDIRI.BAGI YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI SYUKRI / ZAINI DI TALIAN 0126922523 / 016739202..PENYERTAAN TERHAD"

READ MORE - Program Mendaki Gunung Ledang

01 February 2010

Konvoi Jom Daftar SPR pada 31/01/2010 (Ahad)







"Majlis Gabungan Daerah Melaka Tengah akan mengadakan Konvoi Jom Daftar SPR pada 31/01/2010 (Ahad) yang akan dilepaskan oleh Ketua Menteri Melaka (DAR) pada jam 8.00 pagi di Seri Bendahara namun telah ditukar ke Bangunan Memorial Kemerdekaan di Banda Hilir. Konvoi akan dibahagikan kepada 3 parlimen iaitu Bukit Katil, Kota Melaka dan Tangga Batu. Bagi parlimen Kota Melaka konvoi akan mula bergerak ke DUN Kesidang, Kota Laksamana, Banda Hilir, Duyong dan berakhir di Telok Mas. Kepada rakan-rakan diharap dapat turut serta dalam konvoi ini. Terima Kasih."

Pengerusi Cawangan Kampung Durian Daun bersama beberapa orang ahli turut sama menjayakan program ini.
READ MORE - Konvoi Jom Daftar SPR pada 31/01/2010 (Ahad)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...