LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

21 May 2009

Terima Kasih & Tahniah Y.A.B….......

Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia baru - baru ini mengumumkan kepimpinan baru (Penaja Gerakan Belia 4B Malaysia yang akan diterajui oleh Y.Bhg Mohd Syukor Bin Md Yusof daripada Negeri Pulau Pinang. Bagi Pengerusi (Penaja) Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka pula, Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam menamakan Y.Bhg Mohd Nizam Bin Omar seterusnya beliau juga diberi kepercayaan memegang jawatan Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia…….tahniah diucapkan. Kesinambungan kepimpinan muka baru dan muka lama ini juga bakal membawa transformasi serta nafas baru didalam Gerakan Belia 4B Malaysia seterusnya golongan belia amnya dinegara ini.

READ MORE - Terima Kasih & Tahniah Y.A.B….......

19 May 2009

Melaka Kini Bebas Meningitis

Melaka hari ini diisytihar bebas daripada wabak meningitis apabila tiada lagi pesakit yang dirawat di Hospital Melaka, kata exco kesihatan negeri Norpipah Abdol. Tiga pelatih terakhir Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua yang dirawat di wad pengasingan hospital itu dibenarkan pulang pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

"Empat pelatih akademi itu yang dirawat di wad sama dibenar pulang semalam," katanya selepas mengiringi tiga pelatih berkenaan keluar dari hospital berkenaan hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ghazali Othman.

Kes meningitis itu mula dikesan apabila seorang pelatih akademi berkenaan meninggal dunia pada 4 Mei lepas, dan 41 yang lain dirawat di hospital.

Norpipah berkata arahan kuarantin yang dikenakan terhadap pelatih lain di akademi berkenaan juga telah ditarik balik dan aktiviti di akademi itu pulih seperti biasa.
READ MORE - Melaka Kini Bebas Meningitis

18 May 2009

Perhimpunan Hari Belia Kebangsaan 2009



GB4B (M) Kampung Durian Daun menghantar seramai 40 orang ahli bagi menjayakan Sambutan Hari Belia Negara di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
READ MORE - Perhimpunan Hari Belia Kebangsaan 2009

Belia GB4B Kg. Durian Daun Prihatin

Turut hadir Pengerusi GB4B (M) Kampung Durian Daun, Muhammad Arib Bin Hj. Abu Kasim.

Pesakit dan Jawatankuasa GB4B (M) Kampung Durian Daun serta ahli JKKK Kampung Pengkalan Rama Tengah yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Gerakan Belia 4B (M) Kampung Durian Daun dan JKKK Kampung Pengkalan Rama Tengah prihatin terhadap masyarakat. Majlis penyerahan kerusi roda pada pesakit buah pinggang, Aidah Binti Hashim yang amat memerlukan setelah menjalani pembedahan.
READ MORE - Belia GB4B Kg. Durian Daun Prihatin

Pasukan Futsal GB4B Kg. Durian Daun

Pengerusi GB4B Kg. Durian Daun menerima hadiah kemenangan di tempat Ke-4.

Pasukan futsal GB4B Kg. Durian Daun

Gambar kenangan pengerusi (kiri), timbalan pengerusi (kanan) bersama pasukan futsal GB4B Kg. Durian Daun.

Pasukan futsal GB4B (M) Kampung Durian Daun yang sememangnya kerap menyertai apa juga pertandingan futsal disekitar Negeri Melaka. Walaupun tidak memenangai sebarang kejuaraan yang dipertandingkan namun ianya menjadi titik permulaan untuk mengenengahkan bakat baru yang ada di sekitar kampung.
READ MORE - Pasukan Futsal GB4B Kg. Durian Daun

Belia Menghargai Alam Sekitar



Beberapa orang ahli GB4B (M) Kampung Durian Daun termasuk Pengerusi, Muhammad Arib Bin Hj. Abu Kasim yang terlibat bagi menjayakan Sambutan Hari Alam Sekitar peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
READ MORE - Belia Menghargai Alam Sekitar

Program Pertukaran Belia Negeri Melaka





READ MORE - Program Pertukaran Belia Negeri Melaka

Program Kepimpinan Belia




Program ini berlangsung di Hutan Rekriasi Ayer Keroh, Melaka. Penglibatan beberapa ahli GB4B Kampung Durian Daun termasuk Pengerusi, Muhammad Arib Bin Hj. Abu Kasim. Program ini amatlah sesuai bagi yang inginkan cabaran dan sesuatu kelainan seperti bermain lumpur dan sebagainya.
READ MORE - Program Kepimpinan Belia

Program Motivasi dan Jati Diri Beliawanis


Program ini berlangsung di Kem PLKN Ayer Keroh, Melaka. Penglibatan beberapa ahli GB4B Kampung Durian Daun termasuk Pengerusi, Muhammad Arib Bin Hj. Abu Kasim. Program ini amat;ah sesuai bagi yang inginkan cabaran dan sesuatu kelainan seperti Flying Fox dan sebagainya.
READ MORE - Program Motivasi dan Jati Diri Beliawanis

Bola Sepak Bawah 16 Tahun piala Datuk Bandar MBMB





Pasukan bola sepak Gerakan Belia 4B (M) Kampung Durian Daun, Melaka bawah 16 tahun dan layak ke suku akhir di pertandingan Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertempat di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit dan Stadium Hang Tuah, Melaka pada Julai 2008. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pasukan seluruh malaysia. Editor berbaju oren putih.
READ MORE - Bola Sepak Bawah 16 Tahun piala Datuk Bandar MBMB

Kursus Pengurusan Jenazah



Kursus Pengurusan Jenazah anjuran bersama GB4B (M) Kampung Durian Daun, Melaka dan Bahagian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka bertempat di Sekolah Rendah Agama Datin Seri Zabedah, Durian Daun pada jun 2008. Kumpulan sasar bagi kursus ini adalah golongan belia disekitar Kampung Durian Daun. Seramai lebih kurang 120 orang peserta yang terlibat. Penceramah program ini dari Jabatan Agama Islam Melaka yang melaksanakan teori dan disusuli amali. Kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat setempat. Editor berbaju putih / oren.
READ MORE - Kursus Pengurusan Jenazah

Belia Berkayak




20 orang ahli GB4B (M) Kampung Durian Daun mengadakan aktiviti berkayak di Tasik Ayer Keroh, Melaka bagi mengisi masa yang terluang di musim cuti pertengah semester persekolahan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan ahli
READ MORE - Belia Berkayak

17 May 2009

Program Kacau Dodol Belia




Program ini merupakan acara tahunan yang dirancang bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Puasa. Seramai 30 orang ahli GB4B (M) Kampung Durian Daun yang terlibat bagi menjayakan 3 kawah . Perasmian program ini disempurnakan oleh Y.B kawasan DUN Duyung iaitu Datuk Gan Tian Loo (berbaju Meroon). Turut hadir Pengerusi Belia 4B (M) Bahagian Kota Melaka. Program bermula dari jam 10.30 malam dan berakhir sekitar jam 4.00 pagi. Kesemua yang terlibat bersahur di sekitar kawasan program. Editor berbaju putih berlengan hitam.



READ MORE - Program Kacau Dodol Belia

Hari Keluarga Di Port Dickson, Negeri Sembilan

Para ahli yang menerima hadiah cabutan bertuah dari pengerusi GB4B Kg. Durian Daun.

Para ahli yang menerima hadiah cabutan bertuah dari penasihat GB4B Kg. Durian Daun.

Pengerusi GB4B (M) Kampung Durian Daun, Muhammad Arib Bin Hj. Abu Kasim sedang meniup belon biru.

Program Hari Keluarga Gerakan Belia 4B (M) Kampung Durian Daun, Melaka 2008 ke Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dimeriahkan dengan pelbagai acara sukaneka bagi mengeratkan perhubungan diantara ahli yang terlibat didalam gerakan ini.
READ MORE - Hari Keluarga Di Port Dickson, Negeri Sembilan

Belia Ke Gunung Ledang





Belia ke Gunung Ledang bersama dengan kerjasama Sahabat Belia Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
READ MORE - Belia Ke Gunung Ledang

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah

Y.B Datuk Latiff Bin Datuk Tamby Chik menyampaikan pingat kepada pemenang pertandingan ini.
Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah menyampaikan sumbangan kepada pengadil yang dilantik bagi penganjuran ini.
Pasukan bagi perlawanan akhir bergambar bersama Ketua Gerakan Belia 4B Bahagian Kota Melaka, Ketua Umno Bahagian Kota Melaka dan Pengerusi JKKK Pengkalan Rama Tengah.
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Merebut Piala Pengerusi Belia 4B (M) Bahagian Kota Melaka Anjuran Bersama Gerakan Belia 4B (M) Kampung Durian Daun, JKKK Kampung Pengkalan Rama Tengah dan Bahagian Sahabat Belia Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Cina Melaka pada 04 April 2009. Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan di sempurnakan oleh Y.B Datuk Latiff Bin Datuk Tamby Chik bersama Pengerusi Belia 4B (M) Bahagian Kota Melaka. Turut Hadir Pengerusi JKKK Kampung Pengkalan Rama Tengah Zaini bin Ismail. Pasukan dari Kampung Musai berjaya menewaskan pasukan dari Pengkalan Jajar pada perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.
READ MORE - Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah

14 May 2009

Info Selsema Khinzir Dulu Selsema Burung (VIRUS H1N1)

Blog ini bukan setakat menyebarkan aktiviti GB4B Cawangan Kampung Durian Daun sahaja tapi meliputi perkara sekeliling yg kita anggap penting untuk ahli dan masyarakat setempat. so untuk edisi sulung ni kami cuba memberi sedikit sebanyak info mengenai virus terbaru yg menyerang dunia skang ni.... info ini di ambil dari www.adrysabry.com. Diharap kita dapat sama2 meningkatkan pengetahuan dan lakukan langkah2 pencegahan dari sekarang...

Dulu selsema burung… sekarang selsema khinzir

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

Renung-renungkan :


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

READ MORE - Info Selsema Khinzir Dulu Selsema Burung (VIRUS H1N1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...