LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

25 November 2009

Pesanan Yang Perlu Di Fahami

...
READ MORE - Pesanan Yang Perlu Di Fahami

19 November 2009

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud...
READ MORE - Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

18 November 2009

Sekitar Majlis Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Melaka

Bergambar sebelum majlis bermula. Penerusi cawangan berdiri 4 dari kanan.Bergambar bersama anugerah yang diterima. Pengerusi cawangan duduk 3 dari kan...
READ MORE - Sekitar Majlis Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Melaka

Menziarahi Kakitangan Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Melaka

...
READ MORE - Menziarahi Kakitangan Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Melaka

16 November 2009

Dr M: Generasi Muda Dihalang Sertai Umno

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat...
READ MORE - Dr M: Generasi Muda Dihalang Sertai Umno

11 November 2009

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B Malaysia Negeri Melaka

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B Malaysia Negeri Melaka kali ke-37/2009 telah diadakan pada 06/11/09 di Seri Bendahara dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dipilih dan terima...
READ MORE - Sekitar Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B Malaysia Negeri Melaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...