Lanjutan isu keganasan dan serangan komando tentera Yahudi ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan, awal pagi tadi sambil memandu saya mendengar petikan berita dari radio Sinar FM yang menyatakan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengeluarkan kenyataannya bahawa rasional tindakan tentera Zionis Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan itu di buat atas dasar keselamatan.
Pada masa yang sama Kerajaan Israel pula menolak penubuhan jawatankuasa siasatan antarabangsa untuk menyiasat kes tersebut dan menegaskan akan menjalankan siasatan sendiri.
Presiden Obama di awal pemilihannya dahulu diharapkan oleh sebilangan masyarakat dunia untuk mengubah dasar-dasar luar presiden sebelum ini khususnya berkaitan sokongan negara polis antarbangsa tersebut terhadap Israel.
Secara logik akal yang masih waras ni, blog ini tidak nampak apa dasar keselamatan yang digunakan oleh tentera Yahudi itu ketika menyerbu kapal tu dan sehingga membunuh 9 aktivitis kemanusiaan.
Kemudian negara yang bertanggungjawab menyerang konvoi tersebut menolak siasatan bebas antarabangsa sebaliknya ingin menjalank siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut….? Sudah pastinya di antara laporan yang mungkin akan keluar adalah bagaimana pasukan tentera komando mereka yang lengkap bersenjata teknologi canggih dikatakan di serang dengan teruk oleh aktivis di dalam konvoi tersebut…
Dan isu ini kemudian akan di gantikan dengan berita-berita sensasi yang lain oleh media antarabangsa yang berpengkalan di barat sana, selepas itu bila bila muncul lagi kes terbaru, begitu jugalah plot jalan ceritanya…

0 ulasan:
Post a Comment