LEH JADI TENGOK JE

Kata-Kata Aluan Pengerusi


“Belia Pewaris Bangsa” sebagai sebahagian daripada golongan belia, amat sesuai serta berkongsi idealisme pemikiran corak golongan belia yang harus dipikul bersama - sama daripada pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi malah denyutan nadi belia juga adalah sebahagian nyawa kita bersama. Belia sering dikatakan sebagai golongan yang pemberontak, belia sering dikatakan sebagai golongan pembawa masalah, belia sering dikatakan sebagai golongan yang tidak membawa keuntungan. Sedar atau tidak, tidak ada semalam maka tidak akan ada hari ini.

Akan tetapi, golongan belia hari ini hendaklah dihargai dengan peranan serta kehadiran mereka kerana mereka ini adalah entiti penting di dalam pembangunan tamadun bangsa dalam menggapai ‘Wawasan 2020’. Sebagai ‘Negeri Belia’ wawasan bagi setiap golongan belia haruslah komited dalam membangun diri mereka sendiri, keluar dari kepompong pemikiran dalam kotak sebaliknya mereka haruslah berfikiran terbuka malah menjadi golongan yang berminda kelas pertama. Negeri Melaka juga kini merupakan ‘Role Model untuk belia dimana Melaka sentiasa meriah dengan aktiviti & program yang merangkumi 45% ‘Orang Muda’ di negara ini. Dalam konteks semangat perjuangan pula, kita juga seharusnya mengutamakan soal Kepimpinan; Kesukarelaan; Kemahiran & Keusahawanan. Barulah dasar ‘1 Malaysia’ tercapai.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menggembling tenaga baru ‘Orang Muda’ di negara ini dalam memastikan seluruh aspek kehidupan golongan belia yang berbilang kaum ‘Di Kawal’ agar mereka menjadi pendukung kepimpinan tanpa dijejaskan pemikiran serta anasir - anasir negatif yang mana mereka ini adalah golongan yang mudah dipengaruhi.

Belia adalah penentu rupa wajah Malaysia, hakikatnya kejayaan belia adalah kejayaan negara yang akan mencorakkan genarasi warisan yang mempunyai nilai - nilai murni dalam semangat juangnya serta tidak kenal erti jemu & luntur untuk tamadun bangsanya agar ianya tidak akan berpenghujung. Bersama mencipta sejarah……

Search Blog

PAUTAN HOT

15 October 2014

Calon Parlimen Belia Dari Melaka - Mohd Arib Bin Hj. Abu Kasim.



Butiran Kelahiran     
11 Julai 1989 di Hospital Besar Melaka

Butiran Pendidikan Awal    
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bandar
Sekolah Mengah Kebangsaan Seri Kota
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah

Butiran Pendidikan Tinggi:
Politeknik Kota Melaka           -           Kejuruteraan Awan
Universiti Tun Hussien Onn    -           Kejuruteraan Awam

Pekerjaan
Penolong Jurutera
Bhg Koridor Infrastruktur & Impak Sosial
Jabatan Ketua Menteri Melaka

Aktiviti Luar
-      Bergiat Aktif Dalam Pertubuhan Belia & Aktiviti Kemasyarakatan
-      Timbalan Pengerusi Gerak Remaja Kebangsaan
-      Timbalan Presiden Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Negeri Melaka
-      Pengerusi Gerak Remaja 4B Negeri Melaka
-      Ahli Jawantakuasa Biro Sukan Majlis Gabungan Belia Melaka
-      Exco Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah
-      Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4b Malaysia Kota Melaka
-      Ahli Parlimen Belia Malaysia (Percubaan)

Pencapaian Tertinggi
-      Anugerah Remaja Perdana Kementerian Belia & Sukan Malaysia
(Pingat Perak – The Duke Of Edinburgh's International Award)
-  Anugerah Pelayaran Bersejarah Merentasi 'Garisan Khatulistiwa' Melaka – Palembang Indonesia
-      Menerima Pingat Darjah Kebesaran / Tauliah oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka
READ MORE - Calon Parlimen Belia Dari Melaka - Mohd Arib Bin Hj. Abu Kasim.

15 February 2013

Melayu! Melayu! Melayu! Melayu!

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
READ MORE - Melayu! Melayu! Melayu! Melayu!

02 February 2013

Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.


Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.


Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Formosa membawa ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka.

Jika anda pergi ke Dataran Pahlawan…dulu laut…masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. 

A Formosa ialah KOTA PORTUGIS !!!!.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak… Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah “rasmi” bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu “sudah patutlah” kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam ?.

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu? “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”
READ MORE - Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

29 August 2011

22 August 2011

20 August 2011

ABC Kehidupan


A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu

C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu

E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2

G : Gembira selalu
H : hormat orang tua

I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta

K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua

M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti

O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu

Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha

T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar

V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran

X : X-ray diri sendiri Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
READ MORE - ABC Kehidupan

08 June 2011

Negeri Pertama Yang Mewartakan Kawasan Zon Bebas Asap Rokok


MELAKA 5 Jun – Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300, walaupun kompaun maksimum RM5,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. – Bernama
READ MORE - Negeri Pertama Yang Mewartakan Kawasan Zon Bebas Asap Rokok

26 August 2010

PANAS - Kisah Benar 13 Mei 1969


Sumber rujukan: analisis jebat must die dan buku tulisan Tunku Abdul Rahman olahan semula oleh dozzvader.blogspot.com


Ok la..tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969". buku tersebut menyatakan bahawa :

1. Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.

2. Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.

3. Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.

Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan.
Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu
dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan
komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.


Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :

1. Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.

Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."

Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.


2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.

3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.


5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan 'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar.

nota : ada blogger pro pembangkang menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda beliau?!

Tunku mengaitkan -

“The communists however, never left us alone. If they couldn’t carry out open aggression they at least carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed. But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government, declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…

So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency, and they were taken completely by surprise.”

Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.


6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas dijalan-jalan yang sibuk.


7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).

Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.

Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.

PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:

En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)

Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru. (sila Klik Gambar)

Slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi jalan (sila klik Gambar)

Slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan Komunis dan Rasis Extremis. (Sila Klik Gambar)

Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.

Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.

Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan (sila Klik Gambar)

Seperti kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan memasuki kawasan penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.

Antara provokasi penyokong Gerakan dan DAP (Sila Klik Gambar)

Mesej terakhir pembangkang sebelum tragedi tercetus (sila Klik Gambar)

Ejekan terakhir (Sila Klik Gambar)

Tragedi bermula. Aku lampirkan keratan dari buku Tunku.

Bab X = Mabok "Kemenangan" Muka Surat 87 ...

Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.


Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.

Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi alam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis.

Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan bersama Gerakan.

Muka 90 ...

Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Bab XI Api Menyala Malam Muka Surat 98...

Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99...

Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100...

Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101...

Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.

Muka 106...

Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.

Muka 109...

Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.


Tidak lupa juga ingin aku nyatakan, Jika DAP,Gerakan dan Parti Buruh berusaha memburukan imej melayu dan Umno dimata masyarakat cina ketika itu, PAS adalah petualang yang memburukkan imej melayu Umno dan Islam Umno dimata orang melayu sendiri. Mereka juga secara tidak langsung menjadi ejen menghancur bangsa dan negara dengan membuat pakatan rahsia dengan DAP.

Itu adalah fakta. Jika ada orang PAS yang tidak percaya, silalah rujuk kemana-mana perpustakaan dan carilah topik berkenaan 13 Mei yang ditulis oleh pejuang negara. Kalau bukak harakah atau buku tulisan penulis pro komunis memang sampai kiamat takan jumpa punya.


Sebenarnya banyaklagi perbuatan keji DAP dan Parti Buruh menghina bangsa aku ketika itu yang aku tak nak tulis di sini kerana aku terlalu marah terhadap kezaliman mereka. Aku bukan rasis tapi aku tetap akan marah jika bangsa aku dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Buat kalian yang membaca, hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari bangsat-bangsat negara ini. amin.

READ MORE - PANAS - Kisah Benar 13 Mei 1969
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...